20.12.2011
Tuesday
7.54 am
Salam,
Pagi ahad smpt buat apam ni sbb ada nasi lebih. Lembut dan gebu sgt apam ni.
Sumber resepi: My resepi
Bahan-bahan ( 5 orang makan )
- 3 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 2 cawan gula pasir
- 1 packet mauripan@ibu roti
- 2 cawan nasi
- 3 cawan air
Cara-cara
- masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
- gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
- kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
- campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
- biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
- selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
- note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.
Published with Blogger-droid v1.6.8
No comments:
Post a Comment