Salam..
Hari ini sempat buat muffin yg sgt senang & bhn2 pon mudah didapati..
Terasa nak kongsi resipi pulak..
Tp sy alter sikit resepinya menggunakan bhn2 yg ade saje di rumah..
Jom layan..
BEST EVER MUFFIN
SUMBER: ALLRECIPES.COM
Bahan2nya:
2 cwn tepung gandum
3 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
3/4 cwn gula
1 biji telur
1 cwn susu segar (sy guna susu cair)
1/4 minyak sayuran (sy guna minyak jagung, minyak masak pon boleh)
Cara2nya:
1. Panaskan ketuhar pd suhu 180C.
2. Dalam mangkuk, campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula.
Buat lubang di tengah.
3. Dalam mangkuk lain, pukul telur sedikit kemudian campurkan minyak dan susu ke dalam dan kacau bersama.
4. Tuangkan dalam mangkuk berisi tepung, gaul perlahan dgn garpu/handwhisk. X perlu pukul, just gaul perlahan (kaup balik).
5. Tuang adunan dlm papercup.
6. Bakar 25 minit atau sehingga kekuningan (bergantung kepada oven masing2, bila 20 minit dah boleh check whether dah masak or belum)
Pelbagaikan muffin anda :
1. Muffin blueberi: Campurkan 1 cwn blueberri segar (this time, sy cuma letak blueberri filling saje on top)
2. Muffin kismis: Campurkan 1 cwn kismis yg dicincang
3. Muffin kurma: Campurkan 1 cwn kurma yg dicincang
4. Muffin cheese: Campurkan 1 cwn keju cheddar yg diparut. (i love cheese, mesti sedap kalau campur cheese...owh can't wait to try this)
Selamat Mencuba.
Note: Lagi sedap if guna susu segar, nk guna susu cair pon jadi jugak tp rasa lain sikit la.
If nak wangi sikit, masukkan 1 sudu teh esen vanilla.
No comments:
Post a Comment