Saturday, October 22, 2011

Kek pisang sempoi

Salam...
Pg ni sempat buat kek pisang yg sempoi..
Gara-gara nk habiskan pisang yg pengasuh ayman bagi...
Memamng sempoi la..cara nk buat sempoi..dah siap, rasa pon sempoi jer...
Gebu dan lembut je kek ni..marveles la resepi ni...


Potong tgh panas sbb ayman dah ckp.."nak..nak...."

Jom la layan resepi..



Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 150g pisang emas - dilecek (sy guna pisang ape entah...tp bkn pisang emas)
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing
  • 3 biji telor (sy letak 2 biji telor saiz A)
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam (x letak pon)

Cara-cara

  1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda



Published with Blogger-droid v1.6.8

No comments: