Monday, December 19, 2011

Sotong berempah kari

20.12.2011
Tuesday
7.58 am

Salam,
Lauk mlm td. Kalau penah mkn kedai mamak mesti pernah rasa lauk ni.sedap jgk.


Ni la lauk dinner malam td..simple jer..ayam masak kicap, sayur campur goreng + sotong berempah kari.

Sumber resepi: Majalah Saji keluaran Dis 2011

Resepinya:
500g sotong
2 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Garam
1 labu bwg besar
Minyak
1 tangkai daun kari

1. Perapkan semua bahan kecuali minyak, daun kari dan bawang besar selama 30 minit.
2. Goreng bawang besar dan daun kari hingga naik bau.
3. Masukkan bahan yang diperap sehingga betul2 masak.
4. Siap dihidang.

Selamat Mencuba.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Apam Snow White

20.12.2011
Tuesday
7.54 am

Salam,
Pagi ahad smpt buat apam ni sbb ada nasi lebih. Lembut dan gebu sgt apam ni.


Sumber resepi: My resepi

Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 packet mauripan@ibu roti
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
  3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
  4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
  5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
  6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
  7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.


Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, December 16, 2011

Cheese tart order

17.12.2011
Saturday
5.20 am

Assalam..

Cheese tart order from Kelvin, Bukit Jelutong Shah Alam.



30 pcs strawberry cheese tart


30 pcs blueberry cheese tart.

P/S: Tgn tgh rajin nk mendeco. Deco credit to Kak Azlita Aziz.

Harap Kelvin sekeluarga suka dgn cheese tart ni.
TQ for your order.

Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, December 15, 2011

Jelly kelapa order

16.12.2011
Friday

Salam,
Jelly kelapa order dr
1. Kak Sawiah : 100pcs
2. En Aziz : 10pcs (sample)





TQ for your order.

Wassalam.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Monday, December 12, 2011

Kuah Durian @ Serawa Durian

Salam...

Last week, my brother in law dtg rumah..bwk 2 family..my hubby bgtau pon pagi..mlm dieorg dtg..so x smpt nk buat ape2 sgt..sy just buat pulut durian..

Utk pulut tu, sy kukus..x tanak mcm biasa..sbbnya bila kukus dia lg masak dgn cantik..& boleh elakkan pulut dr hangus...sy kukus dlm 2 cake pan mcm kat bwh ni..sukatan air lak mesti sama dgn sukatan beras pulut tu..beras pulut tu seeloknya direndam 2-3 jam before kukus..sy rendam sekejap pon dah ok..



Utk kuah duriannya pulak, sy x smpt nk amik gambar...kuah durian pon msk 2 trip..hihihi...

Bahan2nya:
1 cwn santan pekat
1 cwn air
2 sudu besar gula castor/biasa
secubit garam
2-3 helai daun pandan
Durian secukupnya

Cara:
1. Masak semua bahan kecuali durian sampai mendidih.
2. Bila mendidih, boleh masukkan durian sampai pekat ckit.
3. Boleh hidangkan.



Ni gambar pulut & santan jer..as per my hubby's request.

Alhamdulillah, semua tetamu ckp sedap. Siap puji2 lagi..sy mula2 risau takut x hbs tp alhamdulillah habis..seronok tgk tetamu mkn siap tambah2 lg..ayman pon bila tgk org ramai tu, dia pon selera nk join sekali..alhamdulillah....


Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, December 4, 2011

Resepi: Laksa Utara

Published with Blogger-droid v1.6.8

Jom tgk resepi laksa utara yg simple nih..


  • 1 paket laksa-rendam&rebus (saya guna laksa beras mihun)
  • *10 tangkai cili kering-rebus
  • *10-15 ulas bawang merah
  • *2-3 labu bawang besar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 kg ikan kembong
  • 6-10 keping asam gelugor
  • 2 kuntum bunga kantan
  • Daun kesom
  • Garam&belacan secukup rasa (x bubuh pon belacan, my hubby xleh mkn belacan)
  • Bahan2 ulam:Daun selom,Timun,Bawang besar,Cili api,Limau kasturi&Telur rebus.

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda *
  2. Rebus ikan kembung yg telah dibersihkan.Masukkan sedikit garam.Simpan air rebusan ikan.Asingkan isi&tulang.
  3. Kisar ikan&tulang berasingan.masukkan sedikit air.Tapis tulang yg diblender.
  4. Masukkan bahan2 yg dkisar kedalam periuk.Masukkan sekali isi ikan&air tulang.Masukkan air rebusan ikan juga.Campurkan air biasa kalau air rebusan x mencukupi.Jgn terlalu cair.
  5. Masukkan bunga kantan,daun kesum&asam gelugor.Masak sehingga mendidih.Masukkan garam secukupnya

Jelly kelapa order

Monday, 5/12/2011.

Salam..

Update utk hari Sabtu lepas...jelly kelapa muda order from Norizanani, Kuarters JKR, Seksyen 17, Shah Alam.
20 pcs jelly kelapa.
Katanya nak cuba dulu, if ok lain kali boleh order byk.
Harap2 Norizanani suka la dgn jelly kelapa tu.

Saturday, December 3, 2011

Red Velvet Cake

Salam,

Order dr Hazrien.
1 kg red velvet cake + cream cheese topping.

Published with Blogger-droid v1.6.8