Monday, December 19, 2011

Sotong berempah kari

20.12.2011
Tuesday
7.58 am

Salam,
Lauk mlm td. Kalau penah mkn kedai mamak mesti pernah rasa lauk ni.sedap jgk.


Ni la lauk dinner malam td..simple jer..ayam masak kicap, sayur campur goreng + sotong berempah kari.

Sumber resepi: Majalah Saji keluaran Dis 2011

Resepinya:
500g sotong
2 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Garam
1 labu bwg besar
Minyak
1 tangkai daun kari

1. Perapkan semua bahan kecuali minyak, daun kari dan bawang besar selama 30 minit.
2. Goreng bawang besar dan daun kari hingga naik bau.
3. Masukkan bahan yang diperap sehingga betul2 masak.
4. Siap dihidang.

Selamat Mencuba.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Apam Snow White

20.12.2011
Tuesday
7.54 am

Salam,
Pagi ahad smpt buat apam ni sbb ada nasi lebih. Lembut dan gebu sgt apam ni.


Sumber resepi: My resepi

Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 packet mauripan@ibu roti
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
  3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
  4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
  5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
  6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
  7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.


Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, December 16, 2011

Cheese tart order

17.12.2011
Saturday
5.20 am

Assalam..

Cheese tart order from Kelvin, Bukit Jelutong Shah Alam.



30 pcs strawberry cheese tart


30 pcs blueberry cheese tart.

P/S: Tgn tgh rajin nk mendeco. Deco credit to Kak Azlita Aziz.

Harap Kelvin sekeluarga suka dgn cheese tart ni.
TQ for your order.

Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, December 15, 2011

Jelly kelapa order

16.12.2011
Friday

Salam,
Jelly kelapa order dr
1. Kak Sawiah : 100pcs
2. En Aziz : 10pcs (sample)





TQ for your order.

Wassalam.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Monday, December 12, 2011

Kuah Durian @ Serawa Durian

Salam...

Last week, my brother in law dtg rumah..bwk 2 family..my hubby bgtau pon pagi..mlm dieorg dtg..so x smpt nk buat ape2 sgt..sy just buat pulut durian..

Utk pulut tu, sy kukus..x tanak mcm biasa..sbbnya bila kukus dia lg masak dgn cantik..& boleh elakkan pulut dr hangus...sy kukus dlm 2 cake pan mcm kat bwh ni..sukatan air lak mesti sama dgn sukatan beras pulut tu..beras pulut tu seeloknya direndam 2-3 jam before kukus..sy rendam sekejap pon dah ok..



Utk kuah duriannya pulak, sy x smpt nk amik gambar...kuah durian pon msk 2 trip..hihihi...

Bahan2nya:
1 cwn santan pekat
1 cwn air
2 sudu besar gula castor/biasa
secubit garam
2-3 helai daun pandan
Durian secukupnya

Cara:
1. Masak semua bahan kecuali durian sampai mendidih.
2. Bila mendidih, boleh masukkan durian sampai pekat ckit.
3. Boleh hidangkan.



Ni gambar pulut & santan jer..as per my hubby's request.

Alhamdulillah, semua tetamu ckp sedap. Siap puji2 lagi..sy mula2 risau takut x hbs tp alhamdulillah habis..seronok tgk tetamu mkn siap tambah2 lg..ayman pon bila tgk org ramai tu, dia pon selera nk join sekali..alhamdulillah....


Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, December 4, 2011

Resepi: Laksa Utara

Published with Blogger-droid v1.6.8

Jom tgk resepi laksa utara yg simple nih..


  • 1 paket laksa-rendam&rebus (saya guna laksa beras mihun)
  • *10 tangkai cili kering-rebus
  • *10-15 ulas bawang merah
  • *2-3 labu bawang besar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 kg ikan kembong
  • 6-10 keping asam gelugor
  • 2 kuntum bunga kantan
  • Daun kesom
  • Garam&belacan secukup rasa (x bubuh pon belacan, my hubby xleh mkn belacan)
  • Bahan2 ulam:Daun selom,Timun,Bawang besar,Cili api,Limau kasturi&Telur rebus.

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda *
  2. Rebus ikan kembung yg telah dibersihkan.Masukkan sedikit garam.Simpan air rebusan ikan.Asingkan isi&tulang.
  3. Kisar ikan&tulang berasingan.masukkan sedikit air.Tapis tulang yg diblender.
  4. Masukkan bahan2 yg dkisar kedalam periuk.Masukkan sekali isi ikan&air tulang.Masukkan air rebusan ikan juga.Campurkan air biasa kalau air rebusan x mencukupi.Jgn terlalu cair.
  5. Masukkan bunga kantan,daun kesum&asam gelugor.Masak sehingga mendidih.Masukkan garam secukupnya

Jelly kelapa order

Monday, 5/12/2011.

Salam..

Update utk hari Sabtu lepas...jelly kelapa muda order from Norizanani, Kuarters JKR, Seksyen 17, Shah Alam.
20 pcs jelly kelapa.
Katanya nak cuba dulu, if ok lain kali boleh order byk.
Harap2 Norizanani suka la dgn jelly kelapa tu.

Saturday, December 3, 2011

Red Velvet Cake

Salam,

Order dr Hazrien.
1 kg red velvet cake + cream cheese topping.

Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday, November 19, 2011

Apam polkadot order

Salam,


400pcs apam polka dot order dr customer tetap, Wan @ Klang.
Mixed filling: kcg merah,kaya,strawberry & blueberry.










¨Recipe upgraded. Apam lebih lembut dan gebu walaupun selepas 1 hari¨


Komen dr Wan: Akak,apam tu sedap sgt3. Comel pulak tu.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, November 13, 2011

Nasi Mandhi

Salam,


Sbb dah terjatuh cinta & x puas mkn ns arab,maka terhasillah homemade nasi mandhi.






Resepi amik dari sini.. http://resepiraidah.blogspot.com/2009/09/nasi-mandhi-abu-dhabi.html


Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih (guna ayam yg dah dipotong kecik)
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar (x letak sbb xde)
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat (guna 1 jer, 1 jer yg ade)
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukk
an ke dalam nasi.
Nasi: 

4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan (guna beras wangi jer..tp best jugak)
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis (x letak, x suka)
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
(step 3 x buat pon, mana nk cari arang..huhuhu)

Sos:

1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Ulam:

~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.



***Saya jugak buat sup utk dijadikan kuah...sup mcm nasi ayam madu..resepi tgk sebelah)


Published with Blogger-droid v1.6.8

Wednesday, November 9, 2011

Choc moist cake order

Salam,

Repeat order dr Linda.
Supermoist choc cake + choc ganache + buttercream.



X brape puas hati dgn finishing choc ganache.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday, November 5, 2011

Black beauty choc cake

Salam,

Sempat bake this cake before blk kg utk raya haji.



Topped with choc ganache & chop chip.

Published with Blogger-droid v1.6.8

Butter cake order

Salam,

Order from a girl (can't remember her name which starter with J,so sorry)...



5 inch Moist butter cake + blueberry filling + italian meringue buttercream + edible image + piping jelly.

Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, October 28, 2011

Decorated cookies

Salam,

Repeat order dr Miza.
30pcs decorated cookies dgn tema hitam,putih n merah.




Tq Miza for your order.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Wednesday, October 26, 2011

Choc sponge cake

Salam,

Order from student UiTM.
20pcs choc sponge cake 5 "
1pc choc sponge cake 9"
buttercream
piping jellly


Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday, October 22, 2011

Kek pisang sempoi

Salam...
Pg ni sempat buat kek pisang yg sempoi..
Gara-gara nk habiskan pisang yg pengasuh ayman bagi...
Memamng sempoi la..cara nk buat sempoi..dah siap, rasa pon sempoi jer...
Gebu dan lembut je kek ni..marveles la resepi ni...


Potong tgh panas sbb ayman dah ckp.."nak..nak...."

Jom la layan resepi..



Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 150g pisang emas - dilecek (sy guna pisang ape entah...tp bkn pisang emas)
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing
  • 3 biji telor (sy letak 2 biji telor saiz A)
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam (x letak pon)

Cara-cara

  1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda



Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, October 16, 2011

Minum petang :Mihun goreng

Salam..

Menu minum ptg hr ni..ade yg request, so buat la..resepi main campak2 jer..hasil belajar ngan mak kesayangan...heehe

Petua mak:
1) Goreng rempah (bwg merah, bwg putih dan cili kering kisar) biar smpi pecah minyak.
2) Tambah gula ckit bg ade rasa, ckit jer...kang byk2 kang jd manis la pulak...secukup rasa je ye.
3) Mihun tu rendam dlm air sejuk jer, x yah air panas...kalo x nnt dia jd lembik.
4) Nak sedap, letak la taugeh, kali ni xde taugeh..sawi je yg ado...layan jela

 
P/s: Cantik  xsenduk tu?hehe beli kat Ikea smlm..1st time pegi sejak 2010 duk KL...ingatkan semua brg mahal2..tp ade gak la yg affordable utk golongan sederhana mcm kami ni..lain kali leh pg lg...:)

Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday, October 15, 2011

Macaron: Percubaan pertama

Salam..
Pagi sabtu smlm sempat mencuba resepi macaron..utk 1st try ok la kot...namun x perfect lg rasanya sbb kekurangan item ckit...hihi next time try lg..

Untuk yg belum pernah mkn macarons, rasanya sangat2 manis bg sy x brape nk gemar manis2 nih...tp agak unik la rasanya...kat luar crust dia crunchy ckit, isi dlm agak ala2 chewy...agak sedap sbb rasa almond..
Yg ni lepas letak buttercream perisa strawberry...lg la manis..nasib baik sy nyer buttercream ni krg manis...

Nanti sy masukkan resepi yg sy guna yer...nk kuar ni jap g..hehe :)
Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, October 9, 2011

Cheese tart & fruit tart

Salam,
Order dr Ida utk majlis bertunang sepupunya.
100pcs fruit tart.



50pcs blueberry cheese tart.

Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, October 2, 2011

Birthday cupcakes

Salam,

Order from Hairi for Putri Iya's 21st Birthday.



12pcs choc supermoist cupcakes + strawberry flavoured buttercream + fondant & piping jelly for wordings + flowers deco

Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday, October 1, 2011

More puding roti & apam polkadot order

Salam,

Order from kwn Ada lg.
150 pcs apam polkadot.


3 tray puding roti.tray saiz biasa dh hbs.so terpaksa guna saiz besar n kecik.




Thanks for your order.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Wednesday, September 28, 2011

RESEPI PUDING ROTI

Salam..

Hari ni nak share resepi puding roti.
Ada 2 version yg sy pernah buat...
Tapi sy prefer yg first one punya.

Jom semak resepi version 1.

Bahan-bahan ( 4-8 )

  • 500 ml Susu segar
  • 8 keping Roti
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 4 sudu besar Butter
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu tea Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung (saya guna tepung kastard)
  • 2 sudu besar Kismis (saya lebih suka letak kepingan badam)

Cara-cara

  1. Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30 minit.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan masukkan kedalam loyang.
  3. Taburkan kismis diatas adunan tadi.
  4. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

Untuk 1 tray besar tu sy guna 2 adunan, & 1 adunan utk saiz kecik.

Jom semak resepi version 2:



BAHAN-BAHAN
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu besar butter - cairkan
  • 1/4 cawan gula (equals to 50gram)
  • 235ml susu cair - nak guna fresh milk pon boleh (aritu me guna fresh milk, sedap je..)
  • 1 sudu teh esen vanilla - takde pon takpe (aritu me terlupa nak letak, sodap gak..)
  • kismis ikut suka hati (sape hantu kismis cam saya letakla banyak-banyak)

CARA-CARA
  1. Toast roti ke dalam toaster sehingga garing (saya bakar atas kuali je, takde toaster..huhuhu). Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam acuan.
  2. Tabur sedikit kismis di celah-celah dan di atas roti, kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.
  3. Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi.
  4. Tabur lebihan kismis dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180 C.

**Sedap jugak kalau taburkan serbuk kulit kayu manis utk dapatkan aroma dan rasa yang sedap.
**Sedap jugak dimakan dengan kuah kastard.