Tuesday, June 14, 2011

RESEPI CARROT WALNUT CAKE/CUPCAKES

Salam,





Bahan Kek



1 1/4 cwn minyak jagung (minyak masak pun boleh)
4 biji telur
120 gm gula castor
120 gm gula perang
100 gm walnut cincang (any nuts pun boleh)
1 cawan nenas (potong kiub)
1 1/2 cawan carrot yang disagat
250 gm tepung** (highly recommended - high protein flour)
1 sudu kecil baking soda**
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis**
1/4 sudu kecil garam


Bahan Topping
250 gm cream cheese
100 gm butter
100 gm gula icing
sedikit perahan lemon - x letak pon xpe

Penyediaan Kek
1. pukul telur sehingga kembang. masukkan minyak, gula castor dan perang, sebatikan - tak perlu sampai gula hancur.
2.masukkan walnuts, kismis, carrot, sebatikan.
3.masukkan bhn bertanda ** (yang telah diayak), garam, ke dalam adunan no 2. Guna spatula(sudu) plastik atau kayu untuk kaup-balikkan adunan. hati-hati, jangan kotorkan tempat! hehe.
4.masukkan dalam loyang berukuran 9 inch yang telah disapukan mentega/dialas kertas minyak.
5.bakar selama 45 minit pada suhu 180C. check kek guna garfu untuk tahu sudah masak atau belum. Bila dh masak, sejukkan di luar oven.


Penyediaan Topping
1.masukkan semua bhn dlm blender/mixer.
2.bila kek dah sejuk, sapukan atas kek. Sejukkan dalam fridge baru potong untuk dihidangkan.


Sumber: syazwaniadnan @ www.iLuvislam.com

RESEPI MUFFIN PANDAN

Salam,







MUFFIN PANDAN

Sumber : -Cari.com






Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence


Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.


Nota :


*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .


Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit. 

Jelly Kelapa Muda

Salam,


RESEPI 1: http://muslimatwp.wordpress.com/2007/08/13/resepi-jelly-kelapa-ustazah-nuri/

Bahan.

1. 3 biji buah kelapa muda
Diambil airnya dan isinya.
2. 200 gram agar-agar
3. 13 cawan air masak
4. Gula secukup rasa


Cara;
1. Masak bahan 2, 3 dan 4 sehingga mendidih.

2. Masukkan air kelapa muda.
3. Angkat dan masukkan kedalam acuan
4. Masukkan isi kelapa muda yang lembut kedalam agar-agar mengikut kesusuaiannya.
5. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk.
6. Siap untuk dihidang dan dimakan dengan enaknya.

RESEPI 2: http://merpati66.fotopages.com/?entry=1112842


Bahannya


400 mlm air biasa
1 cawan gula halus
11 grm serbuk agar2
500 air kelapa + isi
Secubit garam


Caranya :
Masak air + gula + serbuk agar + air kelapa hingga mendidih
Masukkan dlm bekas biar sejuk – simpan dlm peti ais
Hidangkan bila dah sejuk….

RESEPI 3: http://secubitgaramnor67.blogspot.com/2009/06/jelly-kelapa-2.html

1 paket agar2 serbuk (10gm)

2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan


Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

Yg sy selalu guna buat di rumah & utk jualan, x jumpa lak cari dlm internet..tp sy ade salin di buku nota baking sy..adems sy upload yer...sourcenya juga sy lupa..tp resepi2 diatas masih boleh dipakai..

Monday, June 13, 2011

Resepi puding triffle

Salam...

Sumber: Myresipi

Bahan-bahan ( 5-7 )


1 tin susu cair
1 sd besar gula
4 sd besar tepung kastard
1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
½ biji kek gulung sederhana saiznya
1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
1 peket agar-agar jeli kristal Nona (sy guna agar2 biasa, then letak perisa rose)
1 mangkuk air panas


Cara-cara


1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati. (Kalau guna agar2 biase, masakkan agar2 bersama sedikit gula & perisa)
7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

Resepi nasi ayam madu special

Salam..

Nak share 1 resepi nasi ayam madu special..special sbb guna daun limau purut & serai utk masak nasi ni..tp sedap dan wangi jer..sourcenya dari sini.

Gambar nasinya x smpt snap..tp alhamdulillah menjadi nasinya...sgt sedap..so sy copy & paste resepi kat sini yer...



UTK AIR REBUSAN AYAM:
1 ekor ayam

2 kiub pati ayam
10 cawan air(air secukupnya..kalau suka banyak kuah tambahkan lagi)
dan sedikit garam

Rebus ayam hingga empuk dan keluarkan ayam dan toskan. So, dpt la air rebusan ayam.

BHN PERAPAN AYAM:
Ayam yang telah direbus tadi

*2 batang serai (sy x letak pon)
*sedikit halia
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
(Bahan2 bertanda * dikisar dengan sedikit air)


2 sudu besar sos tiram

3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tomato (sy x letak)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos barbeque (sy x letak)
2 sudu besar kicap
sedikit garam

Gaul kesemua bahan di atas. Perap 3-4jam @ semalaman. Pastu goreng, jd la ayam goreng.

BHN UTK NASI:
4 helai daun limau purut

3 batang serai
4cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
*1/2 biji bawang besar
*sedikit halia
*3 ulas bawang putih
(bahan2 bertanda* ditumbuk halus)

2 kuntum bunga lawang
sedikit marjerin/mentega
3 cawan beras (cuci bersih dan ditoskan)
4 1/2 cawan air rebusan ayam
1 paket sup bunjut adabi
sedikit garam

CARA:
1. Panaskan marjerin dlm periuk nasi. masak atas dapur biasa.
2. Tumis bahan2 tumbuk, serai, daun limau purut, kulit kayu manis, buah pelaga, dan bunga lawang hingga garing & naik bau.
3. Masukkan sup bunjut.
4. Masukkan air rebusan ayam.
5. Masukkan beras.
6. Masukkan garam.
7. Kacau rata sampai mendidih. If nak cantik, masukkan pewarna kuning. Sy x letak pon pewarna tp tetap cantik nasi tu.
8. Then, angkat periuk & masak nasi spt biasa dgn rice cooker.

UTK SUP:
Beberapa ketul ayam yang dipotong kecil2

air rebusan ayam secukupnya
1 paket sup bunjut
1 kiub pati ayam
*sebiji bawang besar
*sedikit halia
*3 ulas bawang putih
(bahan2 bertanda * dihiris halus/ditumbuk)

2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit kulit kayu manis
sebatang carrot dihiris halus (x letak)
sedikit daun sup
sedikit daun bawang
garam secukupnya

1. Panaskan minyak. Tumis bahan rempah, halia, bawang putih, bawang besar, dan sup bunjut hingga naik bau.
2. Bila dah garing, masukkan ayam dan biarkan kecut.
3. Masukkan air rebusan ayam + kiub pati ayam.
4. Masukkan daun bawang, carrot dan daun sup.(sy x letak carrot, sy masukkan daun sup bila sup dah siap)

UTK SOS CILI:
5 tangkai cili hidup (letak lebih kalau nk pedas lg, ni pon dah pedas)

4 ulas bawang putih
sedikit cuka
sedikit gula
sedikit garam
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar air panas (guna air sejuk, tp masak sekejap ats api)

1. Kisar semua bahan dan masak ats api sekejap. resepi asal guna air panas dan x perlu masak, tp sy guna air sejuk & masak jap atas api...terpulang yg mana suka.

TQ to Rai for teh recipe...suka masuk ur blog...
Selamat mencuba kwn2...



Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, June 12, 2011

Burger mini

Salam,



Ptg smlm after blk dr Tesco bli brg dapur,buat la mini burger.daging burger dah ada dlm peti.cuma bli bun aje.

Mula nk buat donat,tp yis xda.tp smlm dh bli.teringin nk mkn donat lembut mcm J'co...sdpnya dgn mcm2 topping....nnt kt cube...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Puding karamel tanpa telur

Salam,




Nk share resepi dr Sweet Vanilla Bakery...x dpt nk bg link sbb upload kat hp.tp sourcenya dr blog bakal doktor spt d ats.try google msti ada.

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Utk karamel:
3/4 cup gula pasir
3 sudu besar air

Masak gula ats dapur smpi warna keemasan.jgn smpi itam nnt pahit.then tutup api,masukkan air.jaga2 blh meletup2.so ms tuang air,tutup dpn tudung periuk.

Puding:
Bhn A:
7gm agar2
4 cup air
130g gula pasir

Bhn B:
1 tin susu cair (400g)
2 sudu besar tpg kastard
1 sudu kecil esen vanila

1.Didihkan A dlm periuk.
2. Slowkan api,masuk B ke dlm A.
3. Kacau hingga 3 minit smpi likat dan pekat.

Masukkan ckit karamel dlm acuan/bekas disukai.then masukkan puding.biar sejuk sblm hidang.

So,blh la cuba puding karamel ni.sdp jgk wpun x guna telur.if mls nk cube tp teringin,blh order. 60sen 1 bekas.utk qty byk,blh krg lg.....
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, June 9, 2011

Jelly kelapa order

Salam,

Order dari Faridah Hanum, Shah Alam.
50 pcs jelly kelapa.
Last minute order,smlm order hr ni hantar.
TQ for your order.



Abaikan yg 2 bekas besar tu.Yg tu kami punya.Ada air kelapa lebih,hubby request pulak.mmg jd feveret kami.tp kami suka yg lembik ckit.selalu customer x suka yg lembik.masing2 pny taste kan....

Feedback dr Kak Faridah: semua yg makan kata sedap, kalau nk dtg amik bekas, bwk la sekali jeli kalo ade lebih..

Alhamdulillah...syukur bila org suka dgn apa yg kita masak....:)senyum smpi telinga
Published with Blogger-droid v1.6.8

Monday, June 6, 2011

Choc moist cake

Salam,

Choc moist cake with choc topping.
Order from officemate

Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, June 3, 2011

Mixed cheese tart

Salam,

Order dr Pn. Aini, Subang Jaya.
2 boxes of mixed cheese tart (blueberry, strawberry & kiwi).
1 box contains 36pcs M size.








Published with Blogger-droid v1.6.8