Salam..
Hari ni nak share resepi puding roti.
Ada 2 version yg sy pernah buat...
Tapi sy prefer yg first one punya.
Jom semak resepi version 1.
Bahan-bahan ( 4-8 )
- 500 ml Susu segar
- 8 keping Roti
- * 4 sudu besar Gula halus
- * 4 sudu besar Butter
- * 2 biji Telur
- * 1 sudu tea Esen vanilla
- * 1 sudu besar Tepung Jagung (saya guna tepung kastard)
- 2 sudu besar Kismis (saya lebih suka letak kepingan badam)
Cara-cara
- Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30 minit.
- Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan masukkan kedalam loyang.
- Taburkan kismis diatas adunan tadi.
- Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk 1 tray besar tu sy guna 2 adunan, & 1 adunan utk saiz kecik.
Jom semak resepi version 2:
BAHAN-BAHAN
- 4 keping roti
- 2 biji telur ayam
- 1 sudu besar butter - cairkan
- 1/4 cawan gula (equals to 50gram)
- 235ml susu cair - nak guna fresh milk pon boleh (aritu me guna fresh milk, sedap je..)
- 1 sudu teh esen vanilla - takde pon takpe (aritu me terlupa nak letak, sodap gak..)
- kismis ikut suka hati (sape hantu kismis cam saya letakla banyak-banyak)
CARA-CARA
- Toast roti ke dalam toaster sehingga garing (saya bakar atas kuali je, takde toaster..huhuhu). Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam acuan.
- Tabur sedikit kismis di celah-celah dan di atas roti, kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.
- Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi.
- Tabur lebihan kismis dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.
- Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180 C.
**Sedap jugak kalau taburkan serbuk kulit kayu manis utk dapatkan aroma dan rasa yang sedap.
**Sedap jugak dimakan dengan kuah kastard.