Tuesday, June 28, 2011

Tepung pelita in cup

Salam,

Since bulan pose dh nk dekat,so YB nk umumkan produk baru iaitu spt tertera di tajuk di atas....

Harga dan gambar akan diupload kemudian...

P/s: sgt suka dgn kuih ni....
Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, June 17, 2011

Custard tea cake

Salam,


X smpt nk amik gmbr full cake sbb ayman dah merengek2 dah nk mkm..



Mlm td smpt buat this cake.sbbnya dah 2,3 hari ni craving for sweets je..so nmpak la resepi yg sng ni dlm beberapa blogger..sy amik kat blog Hasue...


Bhn kek:
125g butter
1/3 cwn gula halus
1 telur gred A
3/4 cwn self raising flour
1/2 cwn tpg kastard
1/2 sudu teh esen vanilla


Bhn kastard:
1 sudu besar tpg kastard
1 sudu besar gula
2/3 cwn susu segar (70% susu cair + 30% air)
15g butter
2 sudu teh esen vanilla


Cara:
A.KEK
1. Putar butter & gula halus
2. Masukkan telur & esen vanila
3. Masukkan tepung


B. KASTARD
1. Campurkan tpg kastard,gula dan susu segar.Kacau sebati sblm masak ats api kecil.
2. Sentiasa kacau. Masak smpi pekat.
3. Tutup api. Tmbhkan butter dan vanila.


Letak 1/2 adunan kek ke dlm loyang yg di gris.
Letak adunan kastard d tgh2 (buat satu lubang)
Tutup dgn baki adunan kek.
Bakar pd suhu 175°C selama 30minit


¨Bg yg suka kastard lebih,buat 2 adunan.sy buat 2 adunan.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, June 16, 2011

Resepi Custard Cupcake

Salam,

Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/2094

Bahan-bahan ( 12 biji )


200 g butter
160 g gula kaster (resepi sebenar guna 180 g)
3 sudu besar tepung kastard
220 g tepung naik sendiri
4 biji telur
1 sudu kecil vanilla esen


Cara-cara

1.Panaskan oven kepada 175deg. Ayak tepung naik sendiri dan tepung kastard.
2.Pukul butter dan gula sampai kembang.
3.Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul.
4.Tambahkan vanilla esen ke dalam adunan tadi. Kemudian, masukkan tepung yg telah diayak.
5.Isikan muffin tray dgn muffin cup. Masukkan adunan tadi ke dalam muffin cup. Kalau guna scoop ice cream lebih senang.
6.Bakar selama 20-25 minit atau hingga cupcake masak. Siap dan hidangkan. Kalau rajin, bolehlah 'deco2' kan cupcake tu dgn icing or whipped cream.

**Note:sy cuma taburkan almond nibs & choc chip on top of the cuppies.simple dan sedap.

Wednesday, June 15, 2011

Jalan2 @ Zoo Negara

Salam..
Baru smpt mengupdate cerita last weekend punya aktiviti...last weekend pergi menghabiskan masa dgn Jalan2 @ Zoo Negara kat Ampang tu...so bgn pg2 siapkan nasi ayam madu special spt diua bwh ini (resepi dah post dlm previous entry), utk sarapan merangkap lunch dan ptg...nasi ayam ni sedap...ayman suka, ayah ayman pon suka kot..x komen ape2 pon...laju je mkn...


Abaikan tgn dak kecik ayman tuh..pantang letak mknn ats meja tuh, sibuk la dia panjat naik kerusi...pastu capai la apa aje yg di dpn mata...

Pas siap packing semua brg2 mknn (nasi ayam + puding karamel + snek2 + air + kelengkapan ayman + kelengkapan ibu ayman), kami pon bertolak la ke Ampang.sempat la tertidur dlm kereta sbb jam kat LDP...aish asyi jam jer...lagipun ngantuk sgt bgn awl prepare nasi ayam tuh..

Sampai kat Zoo lbh krg kul 10 lebih la kot..masuk parking berbayar sbb parking kat luar tu mcm x meyakinkan pon..lgpon same je kena byr jugak..parking per entry RM4.20, ktorg parking kat area B...

Pastu mcm terkejut beruk tgk harga tiket utk sorg dewasa RM20...hua3 mahal la pulak kan?utk ayman FOC jela since dak kecik ni kecik..haha boleh guna ayat tu?


Tapi bila dah masuk rasa mcm berbaloi gak la byr RM20..zoonya besar..mcm2 ade..perlukan stamina yg lebih ye sblm masuk sini especially kalo bwk anak kecik...kalo dia nk duk dlm stroller memanjang xpela kan?kalo suh dukung x ke naya nk round satu zoo tu dukung dia?patah pinggang...tp ayman baik je time ni...duk dlm stroller..kdg2 je lepas jap dia jln..kalo biar, xtau la smpi mana dak kecik ni merayau..pantang dpt kaki...




Sempat tangkap gmbr swan ni time ber'picnic'kat tepi tasik ni..seeloknya bwk la bekal mknn sbb harga mknn kat dalam ni agak mahal berbanding kat luar..kalo bwk sendiri lg jimat..pastu leh berkelah tepi tasik..syok kan?byk tempat/kerusi yg ade utk dijadikan tmpt berkelah kat dlm zoo ni...ada area aircond utk parents nk bg mkn anak2 ker..so sgt ok la kan zoo ni..


Tgk je dak2 lain bg mkn gajah...tebu ade di jual di sini utk korg bg mkn gajah2 yg kelaparan tuh...harga x sure..maybe seringgit kot sebatang...


 Time ni ayman dah keletihan sebenarnya..ibu ayman pon muka letih jugak..

 Us...







 Ayman tgh excited tgk kambing...
 Ayman dan kura2
Akhirnya ayman berjaya memperdayakan ibu suruh beli mainan tu...hehe kesian tgk ayman duk tunjuk2 & ckp tu tu kat mainan2....harga mainan ni RM6.90..byk lg mainan yg ade..xkan nk borong semua lak kot..

Last activity, ktorg tunggu smpi kul 3pm..ade animal show...best la tgk aksi2 burung, dolphin and binatang ape ntah lg ikut ckp trainernya..sgt pandai la binatang2 itu..kagum jap dpt tgk live dpn mata....tp x amik gmbr sbb duk row plg ats....so jauh la..kalo amik pon xkn nmpknya..sbb my hp camera xleh nk zoom...hua3...

So minggu ni ke mana ye kita?maybe rehat je kat umah...niat di hati nk try 1 resepi kek...tunggu..akan di post dgn resepinya (itupun kalo buat la yer....:p)


Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, June 14, 2011

RESEPI CARROT WALNUT CAKE/CUPCAKES

Salam,





Bahan Kek



1 1/4 cwn minyak jagung (minyak masak pun boleh)
4 biji telur
120 gm gula castor
120 gm gula perang
100 gm walnut cincang (any nuts pun boleh)
1 cawan nenas (potong kiub)
1 1/2 cawan carrot yang disagat
250 gm tepung** (highly recommended - high protein flour)
1 sudu kecil baking soda**
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis**
1/4 sudu kecil garam


Bahan Topping
250 gm cream cheese
100 gm butter
100 gm gula icing
sedikit perahan lemon - x letak pon xpe

Penyediaan Kek
1. pukul telur sehingga kembang. masukkan minyak, gula castor dan perang, sebatikan - tak perlu sampai gula hancur.
2.masukkan walnuts, kismis, carrot, sebatikan.
3.masukkan bhn bertanda ** (yang telah diayak), garam, ke dalam adunan no 2. Guna spatula(sudu) plastik atau kayu untuk kaup-balikkan adunan. hati-hati, jangan kotorkan tempat! hehe.
4.masukkan dalam loyang berukuran 9 inch yang telah disapukan mentega/dialas kertas minyak.
5.bakar selama 45 minit pada suhu 180C. check kek guna garfu untuk tahu sudah masak atau belum. Bila dh masak, sejukkan di luar oven.


Penyediaan Topping
1.masukkan semua bhn dlm blender/mixer.
2.bila kek dah sejuk, sapukan atas kek. Sejukkan dalam fridge baru potong untuk dihidangkan.


Sumber: syazwaniadnan @ www.iLuvislam.com

RESEPI MUFFIN PANDAN

Salam,







MUFFIN PANDAN

Sumber : -Cari.com






Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence


Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.


Nota :


*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .


Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit. 

Jelly Kelapa Muda

Salam,


RESEPI 1: http://muslimatwp.wordpress.com/2007/08/13/resepi-jelly-kelapa-ustazah-nuri/

Bahan.

1. 3 biji buah kelapa muda
Diambil airnya dan isinya.
2. 200 gram agar-agar
3. 13 cawan air masak
4. Gula secukup rasa


Cara;
1. Masak bahan 2, 3 dan 4 sehingga mendidih.

2. Masukkan air kelapa muda.
3. Angkat dan masukkan kedalam acuan
4. Masukkan isi kelapa muda yang lembut kedalam agar-agar mengikut kesusuaiannya.
5. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk.
6. Siap untuk dihidang dan dimakan dengan enaknya.

RESEPI 2: http://merpati66.fotopages.com/?entry=1112842


Bahannya


400 mlm air biasa
1 cawan gula halus
11 grm serbuk agar2
500 air kelapa + isi
Secubit garam


Caranya :
Masak air + gula + serbuk agar + air kelapa hingga mendidih
Masukkan dlm bekas biar sejuk – simpan dlm peti ais
Hidangkan bila dah sejuk….

RESEPI 3: http://secubitgaramnor67.blogspot.com/2009/06/jelly-kelapa-2.html

1 paket agar2 serbuk (10gm)

2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan


Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

Yg sy selalu guna buat di rumah & utk jualan, x jumpa lak cari dlm internet..tp sy ade salin di buku nota baking sy..adems sy upload yer...sourcenya juga sy lupa..tp resepi2 diatas masih boleh dipakai..

Monday, June 13, 2011

Resepi puding triffle

Salam...

Sumber: Myresipi

Bahan-bahan ( 5-7 )


1 tin susu cair
1 sd besar gula
4 sd besar tepung kastard
1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
½ biji kek gulung sederhana saiznya
1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
1 peket agar-agar jeli kristal Nona (sy guna agar2 biasa, then letak perisa rose)
1 mangkuk air panas


Cara-cara


1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati. (Kalau guna agar2 biase, masakkan agar2 bersama sedikit gula & perisa)
7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

Resepi nasi ayam madu special

Salam..

Nak share 1 resepi nasi ayam madu special..special sbb guna daun limau purut & serai utk masak nasi ni..tp sedap dan wangi jer..sourcenya dari sini.

Gambar nasinya x smpt snap..tp alhamdulillah menjadi nasinya...sgt sedap..so sy copy & paste resepi kat sini yer...



UTK AIR REBUSAN AYAM:
1 ekor ayam

2 kiub pati ayam
10 cawan air(air secukupnya..kalau suka banyak kuah tambahkan lagi)
dan sedikit garam

Rebus ayam hingga empuk dan keluarkan ayam dan toskan. So, dpt la air rebusan ayam.

BHN PERAPAN AYAM:
Ayam yang telah direbus tadi

*2 batang serai (sy x letak pon)
*sedikit halia
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
(Bahan2 bertanda * dikisar dengan sedikit air)


2 sudu besar sos tiram

3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tomato (sy x letak)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos barbeque (sy x letak)
2 sudu besar kicap
sedikit garam

Gaul kesemua bahan di atas. Perap 3-4jam @ semalaman. Pastu goreng, jd la ayam goreng.

BHN UTK NASI:
4 helai daun limau purut

3 batang serai
4cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
*1/2 biji bawang besar
*sedikit halia
*3 ulas bawang putih
(bahan2 bertanda* ditumbuk halus)

2 kuntum bunga lawang
sedikit marjerin/mentega
3 cawan beras (cuci bersih dan ditoskan)
4 1/2 cawan air rebusan ayam
1 paket sup bunjut adabi
sedikit garam

CARA:
1. Panaskan marjerin dlm periuk nasi. masak atas dapur biasa.
2. Tumis bahan2 tumbuk, serai, daun limau purut, kulit kayu manis, buah pelaga, dan bunga lawang hingga garing & naik bau.
3. Masukkan sup bunjut.
4. Masukkan air rebusan ayam.
5. Masukkan beras.
6. Masukkan garam.
7. Kacau rata sampai mendidih. If nak cantik, masukkan pewarna kuning. Sy x letak pon pewarna tp tetap cantik nasi tu.
8. Then, angkat periuk & masak nasi spt biasa dgn rice cooker.

UTK SUP:
Beberapa ketul ayam yang dipotong kecil2

air rebusan ayam secukupnya
1 paket sup bunjut
1 kiub pati ayam
*sebiji bawang besar
*sedikit halia
*3 ulas bawang putih
(bahan2 bertanda * dihiris halus/ditumbuk)

2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit kulit kayu manis
sebatang carrot dihiris halus (x letak)
sedikit daun sup
sedikit daun bawang
garam secukupnya

1. Panaskan minyak. Tumis bahan rempah, halia, bawang putih, bawang besar, dan sup bunjut hingga naik bau.
2. Bila dah garing, masukkan ayam dan biarkan kecut.
3. Masukkan air rebusan ayam + kiub pati ayam.
4. Masukkan daun bawang, carrot dan daun sup.(sy x letak carrot, sy masukkan daun sup bila sup dah siap)

UTK SOS CILI:
5 tangkai cili hidup (letak lebih kalau nk pedas lg, ni pon dah pedas)

4 ulas bawang putih
sedikit cuka
sedikit gula
sedikit garam
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar air panas (guna air sejuk, tp masak sekejap ats api)

1. Kisar semua bahan dan masak ats api sekejap. resepi asal guna air panas dan x perlu masak, tp sy guna air sejuk & masak jap atas api...terpulang yg mana suka.

TQ to Rai for teh recipe...suka masuk ur blog...
Selamat mencuba kwn2...



Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, June 12, 2011

Burger mini

Salam,



Ptg smlm after blk dr Tesco bli brg dapur,buat la mini burger.daging burger dah ada dlm peti.cuma bli bun aje.

Mula nk buat donat,tp yis xda.tp smlm dh bli.teringin nk mkn donat lembut mcm J'co...sdpnya dgn mcm2 topping....nnt kt cube...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Puding karamel tanpa telur

Salam,




Nk share resepi dr Sweet Vanilla Bakery...x dpt nk bg link sbb upload kat hp.tp sourcenya dr blog bakal doktor spt d ats.try google msti ada.

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Utk karamel:
3/4 cup gula pasir
3 sudu besar air

Masak gula ats dapur smpi warna keemasan.jgn smpi itam nnt pahit.then tutup api,masukkan air.jaga2 blh meletup2.so ms tuang air,tutup dpn tudung periuk.

Puding:
Bhn A:
7gm agar2
4 cup air
130g gula pasir

Bhn B:
1 tin susu cair (400g)
2 sudu besar tpg kastard
1 sudu kecil esen vanila

1.Didihkan A dlm periuk.
2. Slowkan api,masuk B ke dlm A.
3. Kacau hingga 3 minit smpi likat dan pekat.

Masukkan ckit karamel dlm acuan/bekas disukai.then masukkan puding.biar sejuk sblm hidang.

So,blh la cuba puding karamel ni.sdp jgk wpun x guna telur.if mls nk cube tp teringin,blh order. 60sen 1 bekas.utk qty byk,blh krg lg.....
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, June 9, 2011

Jelly kelapa order

Salam,

Order dari Faridah Hanum, Shah Alam.
50 pcs jelly kelapa.
Last minute order,smlm order hr ni hantar.
TQ for your order.



Abaikan yg 2 bekas besar tu.Yg tu kami punya.Ada air kelapa lebih,hubby request pulak.mmg jd feveret kami.tp kami suka yg lembik ckit.selalu customer x suka yg lembik.masing2 pny taste kan....

Feedback dr Kak Faridah: semua yg makan kata sedap, kalau nk dtg amik bekas, bwk la sekali jeli kalo ade lebih..

Alhamdulillah...syukur bila org suka dgn apa yg kita masak....:)senyum smpi telinga
Published with Blogger-droid v1.6.8

Monday, June 6, 2011

Choc moist cake

Salam,

Choc moist cake with choc topping.
Order from officemate

Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, June 3, 2011

Mixed cheese tart

Salam,

Order dr Pn. Aini, Subang Jaya.
2 boxes of mixed cheese tart (blueberry, strawberry & kiwi).
1 box contains 36pcs M size.








Published with Blogger-droid v1.6.8